Assalamualaikum...warahmatullahiwabarakatuh...
pagi tadi sampai je ke sekolah..ramai puji aku comey pakai abaya...yg Azan beli...
kat Mekah..."abaya" ni macam jubah yg dipakai oleh org perempuan Arab...
jubah warna hitam...
sebenarnya masa aku menyarungkan "abaya" ni...(kebetulan abaya tu warna hitam)
aku bagai teringat...hari perkabungan...berkabung sebabkan kematian...
"macam nak berkabung je",detik hatiku...
Semasa perhimpunan..tiba-tiba dapat panggilan daripada ayah mengatakan...anak jiran sebelah rumah telah meninggal dunia subuh tadi....
Ya Allah berderau darah aku mendengarnya...sebab anak jiran tu sebenarnya kawan juga masa sekolah rendah...ayah cakap dia meninggal semasa tidur..(besar kemungkinan)
Nama arwah Norazilah..yg ku panggil Jilah...telah pun meninggalkan dunia fana' ni...
meninggalkan empat orang anak..dan suami...
Ya Allah Yang Maha Pengasih...Lagi Maha Penyayang...
tempatkanlah arwah..di kalangan orang yang beriman....
No comments:
Post a Comment